My.Tiny.Little.Story

Saturday, July 26, 2008

[ episode five ]

Finally...finished my last exam paper..peh,kosong rasenye otak aku ni...I think I did the best..hopefully it will comes with a gud result..amin..dah la tak tido satu hari..study punye pasal..badan aku pun dah lemah gile...rase nak tido...tapi perut ni lapar plak...so,its time for me to cook my routine meal..then tido timeee...ahaks...till here then...just wait for the result...uhuk2...see ya!-r.e.l.e.a.s.e-

My.Tiny.Little.Story

[ episode four ]

Pelik!..aku tak tau ape dah jadi dengan aku n Sayang dalam beberape hari ni..salah siape?entah..xde kot..eventhough bende tu kecik, mesti jadi hal punye..we keep blaming each other..and now I realize that maybe we should slow down everything before it become worst...try to be more patient...she said she don't want to lose me and so am I..She's everything to me..she's my life..can't do anything without her...

I promise, everything will back to normal...no more tears...no more arguing...I try to be more mature...more understanding...and I really hope you do the same thing...

I'm sorry sayang...sorry coz hurting you..sorry about everything that I've done..I really regret about that..once again,I'm sorry..

Two things you should keep inside your mind..You're more than anything in my life..No matter what happen,I'll never leave you...-r.e.g.r.e.t-

My.Tiny.Little.Story

Tuesday, July 22, 2008

[ episode three ]

Orang kate sabar tu ada hadnya..bila orang dah melebihi dari had tu, takkan kita nak diam..rite?So,cerita dia camni..I viewed my sayang page kat friendster tadi n terbaca die punya shout out..dulu kalau tak silap pernah sekali aku nampak bende yang lebih kurang same macam tu kt page die..but I ignored it coz aku fikir tu bukan hal besar untuk aku masuk campur and aku ingat hal-hal macam tu just sekejap je..memang betul, lepas tu everything sume ok je..aku cuma tak nak dia stress dengan hal-hal bodoh macam tu..I think it's enuff dengan ape yang dia dah alami dulu..CUKUPLAH..!! Tapi sesetengah manusia ni yang kita anggap kawan ni, kadang-kadang diorang ni ada sifat ingin tahu..tapi bila once kite dah cakap jangan sebut lagi pasal benda lama..so stop asking..don't make it more complicated..give some space..rasanya kawan-kawan ni dia akan cepat faham dan cepat diam..tapi yang biasenya mulut yang susah nak di diamkan ialah mulut orang yang ditinggalkan..kite dah diam, dia lagi naik lemak..nak pijak kepala kita pulak...yang gampangnya tu, bukan mulut die je...mulut mak bapak dia..adik beradik dia..pon susah nak didiamkan...ntah2 mulut atok ngan nenek dia dalam kubur tu pun tak bleh nak di diamkan jugak..ntahla..pelik...aku tak tau ape pasal dia nak buruk-buruk kan orang..cakap orang "useless" la..ape la...dia ingat dia dah cukup bagus ke?..tak habis-habis dengan "she will regret"..funny..haha..prove it first asshole..then we'll talk about regret..yang peliknya tu..diorang ni bukannye budak2 sekolah tadika..dah tua-tua nak mampos dah pon...tapi pemikiran macam taik..!..memang aku diam sebelum ni..tapi jangan ingat aku diam,aku tido..so,cukup la..selagi aku boleh sabar..better stop it..just don't make things become worst..!-b.e.h.a.v.e.y.o.u.r.s.e.l.f-

My.Tiny.Little.Story

Monday, July 21, 2008

[ episode two ]

Kenapa?...sume orang buat salah..sume orang akan marah bile ade orang buat salah..sume orang patut terime bile dimarah sebab buat salah..dan kenape orang yang dimarah sebab buat salah menyalahkan balik orang yang marah?...-c.o.n.f.u.s.e-

Jangan.Hilang.Identiti.Kerana.Cinta

Friday, July 18, 2008

Pasangan bercinta tidak perlu semuanya serupa, cinta harus complement each other dan bukannya kamu bertukar menjadi dia. Sering pasangan yang sedang bercinta kehilangan identiti kerana ingin membuktikan bahawa kamu mempunyai minat yang sama. Malah mereka ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka dilihat sebagai pasangan bahagia, serasi bersama dan tiada perselisihan faham yang terjadi dan kelihatan saling memahami. Dalam proses untuk mengekalkan cinta yang ada, masing-masing berusaha untuk memuaskan hati seorang yang lain sehingga kehilangan diri sendiri, hilang identiti diri.

Sering terjadi dalam di dalam perhubungan di mana kalau kau suka rock, aku pun suka muzik yang sama sedangkan hakikatnya hatiku mencintai irama dangdut. Namun, tidak berani aku mengakui yang aku meminati alunan dangdut kerana aku gusar kau akan mempersendakanku. Terdengar lagu dangdut ketika bersamamu, kakiku terangkat-angkat ingin menari tetapi ku tahan jiwa ini tanpa kau ketahui. Aku memaksa diri ini mendengar muzik bising yang kau gemari sedangkan rock itu aku benci, alasannya kerana aku ingin memahami. Jika kau suka bola, aku pun kaki juga, aku sanggup duduk bersamamu menikmati match of the season sedangkan hatiku boring separuh mati menunggu game itu tamat. Kerana kau seorang yang tidak suka menunggu, aku korbankan sifatku yang gemar berdandan dan hanya mengenakan pakaian simple tanpa solekan agar kau tidak rimas menunggu aku. Aku ketepikan teman-temanku hanya untuk menghabiskan masa bersamamu kerana aku sedar tanggungjawabku. Aku berkorban agar kau mengejar impianmu lantas aku pendamkan keinginanku dalam-dalam untukmu. Akhirnya aku terlupa siapa diriku, lupa impian yang aku pernah ada, tidak ingat yang aku sebenarnya masih ada jiwa.

Kehilangan identiti dalam perhubungan ini selalu disedari oleh ahli keluarga terdekat dan mereka yang tersayang kerana mereka sedar perubahan diri yang berlaku pada dirimu. Mereka yang kehilangan identiti jarang menyedari perubahan yang berlaku kerana mereka bina tembok yang menafikan apa yang sedang berlaku, mengambil alasan bahawa kau menjaga keharmonian perhubungan.

Bercinta itu seharusnya memberi ruang kepada individu untuk membebaskan jiwa daripada ketakutan, memberi keyakinan dan keselesaan untuk kau menjadi diri sendiri ketika bersama dengan pasanganmu. Dengan si dia, seharusnya dirimu dapat berkongsi segalanya tanpa ada rasa serba salah. Memang benar dalam setiap perhubungan, kompromi itu penting supaya keamanan dapat dikekalkan tetapi pasangan perlu menjaga keseimbangan antara kompromi dan kepentingan diri agar identiti tidak lari. Cinta itu harus menyayangi dan menghargai. Salah apabila seorang pasangan melakukan segalanya demi seorang yang lain tanpa memikirkan tentang apa yang dirinya inginkan, berkompromi dalam terpaksa atau memendam perasaan atas nama pengorbanan, tidak akan membahagiakan kerana apabila seseorang berkorban, secara tidak langsung hati akan mengharapkan pembalasan. Kau akan menjangkakan bahawa si dia akan memahamimu apabila kau memerlukan, dan jika dia tidak hadir ketika diperlukan, akibatnya samada kau berduka atau jiwamu akan diselimuti rasa sakit hati umpama bom jangka yang menunggu masa.

Di dalam percintaan, benarkan hatimu mendengar apa yang benar. Hati tidak akan bahagia jika hanya perhatian hanya diberikan kepada si pasangan. Walau bagaimana keras diri ingin menyakinkan bahawa wujudnya kebahagiaan, kata hati tidak pernah boleh ditipu. Jangan sesekali takut untuk menjadi tidak sempurna ketika bersama pasanganmu kerana jika kau dan dia benar-benar bercinta, ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan cinta itu sempurna, dia dapat melihat dirimu seadanya dan masih menyayangi. Jangan takut untuk menonjolkan dirimu dan mencari apa yang kau mahu dalam hidup ketika kau sedang mencintai si dia kerana seseorang pasangan itu perlu memberi galakan, memberi sokongan dan dorongan untuk melihat cintanya mekar sebagai seorang insan.

Biarkan ‘cinta’ itu pergi jika ia menyebabkan kau kehilangan identiti, cinta yang asli tidak akan pernah menidakkan kewujudan dirimu yang begitu istimewa..-b.e.y.o.u.r.s.e.l.f-

Tangani.Cemburu

Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya engkau tidak cemburu, di mana letaknya diriku di dalam hatimu. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas denganmu.

Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang..!-j.e.a.l.o.u.s.m.e.a.n.d.a.n.g.e.r.o.u.s-

My.Tiny.Little.Story

Wednesday, July 16, 2008

[ episode one ]

What a boring day.!!.kat rumah sorang-sorang..wish my sayang here with me rite now..miss her so much...Ahad lepas aku hantar die balik Poli..Boyy teman aku..tak sanggup nak biarkan die balik sorang-sorang naik bas..then,on the way balik KL,layan corner ngan Boyy kat area Ijok...layan gile...Boyy dah pegang pintu..goyang..!!hahaha...tapi yang lagi best, kete aku terbang kat depan Poli...kononnye nak tunjuk angin ngan Pak Guard Poli tu la..tarik kaw-kaw..korang bayangkan kalau kawasan kampung,dah tentu sunyi...aku pulak bawak Vtec...kalau dah menjerit Vtec tu, mau x meloncat Imam kampung tu..hahaha..!!tarik punya tarik, x sedar depan ade bumper...xsempat break...redah je..hahaha..!!

10hb haritu pulak, my parents n my sis baru balik dari Indonesia..10 hari diorang kat sane..diorang sampai kat airport aritu pun aku xdpt nak jemput coz aku ade klas...abang aku lak keje..start dari hari diorang sampai, aku x jumpe lagi parents aku..dah 6 hari..campur dengan 10 hari diorang xde tu, dah 16 hari x jumpe..tetibe lak rase rindu gile kat mak aku...hah?!anak mak?..wohoo..bukan aaa..

Hurm..so lepas bateri kamera aku dah full and sayang aku dah abes break, aku rase better aku cabut balik Seremban..malam-malam sikit balik KL balik...bukan jauh sangat pun...ngee..!-s.a.f.e.j.o.u.r.n.e.y-

Our.Vacation

Tuesday, July 8, 2008

Cameron Highlands,Pahang
4th & 5th July 2008

" Vacation with my baby, her sis(Sara) & Sara's boyfriend(Boyy). So check out some pictures of our precious moment.."




Scorpio.Positive+Negative.Traits

Thursday, July 3, 2008

Positive
Determined and forceful, emotional and intuitive, powerful and passionate, exciting and magnetic. Scorpios have magnetic and dynamic personalities. Typically they are likable and have a soothing affect on those around them. Scorpios also tend to be very creative and inventive and excel in professional careers such as medicine chemistry and physics. They tend also to be patient, courteous, loyal and generous. Those around them will often use them to help with problem resolution. Their greatest assets are the powers of will and determination.

Negative
Jealous and resentful, compulsive and obsessive, secretive and obstinate. Although patient and courteous, if they become aroused there is no fury equal to the Scorpio. They can become bitterly cutting to those around them. The more sensitive Scorpio may have a tendency to lose their composure and lash out with unconstructively. Because they may possess keen, creative minds, they may tend to day dream to extreme. Scorpios tend to have strong sexual desires that have to be controlled to avoid potential excess in this direction.